BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday 30 August 2012

Tetamu..Kehadiranya memberi rezeki

Seorang telah datang menemui Rasulullah SAW dan telah menceritakan kepada Baginda tentang kelaparan yang dialami olehnya. 

Kebetulan pada ketika itu Baginda tidak mempunyai sesuatu pun makanan pada diri Baginda mahupun di rumahnya sendiri untuk dibeikan kepada orang itu. Baginda kemudian bertanya kepada para sahabat, “Adakah ada sesiapa di antaa kamu yang sanggup melayani orang ini sebagai tetamunya pada mala mini bagi pihakku?” Seorang daripada kaum Ansar telah menyahut, “Wahai Rasulullah, saya sanggup melakukan seperti kehendak tuan itu.” 

Orang Ansar itupun telah membawa orang itu ke rumahnya dan menerangkan pula kepada isterinya seraya berkata, “Lihatlah bahawa orang ini adalah meupakan tetamu Rasulullah SAW. Kita mesti melayaninya sebaik-baik layanan mengikut segala kesanggupan yang ada pada dii kita dan semasa melakukan demikian janganlah kita tinggalkan sesuatu makanan pun yang ada di umah kita.” Lalu isterinya pun menjawab, “Demi Allah! Sebenarnya saya tidak menyimpan sebarang makanan pun, yang ada Cuma sedikit. Itupun makanan anak-anak kita di rumah ini.” Orang Ansar itu pun berkata, “Kalau begitu engkau tidurkanlah anak-anak kita dahulu tanpa member makanan terlebih dahulu kepada mereka. Apabila saya duduk berbual-bual dengan  tetamu ini dan apabila kami mulai makan engkau padamlah lampu itu, sambil berpua-pura hendak membetulkannya kembali supaya tetamu itu tidak akan ketahui bahawa saya tidak makan bersama-sama dengannya.” 

Rancangan itu telah berjalan dengan lancarnya dan seluruh keluarga tersebut termasuk anak-anak mereka terpaksa menahan lapar semata-mata untuk membolehkan tetamu itu makan sehingga berasa kenyang. 

Berikutan dengan peristiwa itu, Allah SWT telah berfirman yang bermaksud: “Dan mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin) atas diri mereka sendiri, sekali pun mereka beada dalam kesusahan.” {Al-Hasy:9} 

InsyaAllah


SubahanaAllah...Gunung pun Menangis..

Pada suatu hai Uqa’il bin Abi Talib telah pergi bersama-sama dengan Nabi Muhammad SAW.
Pada waktu itu Uqa’il telah melihat sesuatu yang ajaib sehingga menjadikan hatinya tetap bertambah kuat terhadap Islam dengan tiga pekara yang dilihatnya itu.

Peristiwa pertama, apabila Rasulullah SAW ingin membuang air besar, dihadapannya terdapat beberapa batang pohon. Maka Baginda RAsulullah SAW pun berkata kepada Uqa’il, “Hai Uqa’il teruslah engkau berjalan sampai ke pohon itu, dan katakanlah kepadanya , bahawa sesungguhnya Rasulullah SAW berkata: Agar kamu semua datang kepadanya untuk menjadi aling-aling atau penutup baginya, kerana sesungguhnya baginda akan mengambil air wuduk dan buang aor besar.” Uqa’il pun keluar dan pergi mendapatkan pohon-pohon itu dan sebelum dia menyelesaikan tugas itu ternya pohon-pohon itu sudah tumbang dari akarnya serta sudah mengelilingi di sekitar Baginda SAW sehingga selesai dari hajatnya.


Peristiwa kedua, apabila Uqa’il berasa haus dia mencari air. Namun tidak juga ditemuinya. Maka Baginda SAW berkata kepada Uqa’il bin Abi Talib, “Hai Uqa’il, dakilah gunung itu dan sampaikanlah salamku kepadanya serta katakan: Jika padamu ada air berilah aku minum.” Lalu Uqa’il pun pergi mendaki gunung dan berkata kepadanya sebagaimana yang telah disabdakan baginda itu. Maka sebelum selesai dia berkata, gunung itu bekata dengan fasihya, “Katakanlah kepada Rasulullah SAW bahawa aku sejak Allah SWT menuunkan ayat yang bermaksud: ‘Hai orang-orang yang beriman, jagalah dirimu beserta keluargamu dari seska api neraka yang umpannya dari manusia dan batu’, Aku menangis dari sebab takut kalau aku menjadi batu itu, maka tidak ada lagi air padaku. ”


Peristiwa ketiga, ketika Uqail sedang berjalan bersama Nabi SAW, tiba-tiba ada seekor unta yang meloncat dan lari ke hadapan Rasulullah SAW dan berkata “Ya Rasulullah aku meminta perlindungan daripadamu.” Sebelum unta itu selesai mengadukan halnya, tiba-tiba datanglah dari belakang seorang Arab kampung dengan membawa pedang terhunus. Melihatkan keadaan itu, Nabi Muhammad SAW berkata: “Apakah yang hendak kamu perbuat dengan unta ini?.” Maka dijawabnya, “Wahai Rasulullah, ak telah membelinya dengan harga yang mahal tetapi dia tidak mahu mengikutiku, lalu kurasakan lebih baik aku manfaatkan sahaja dagingnya agar bermanfaat kepada orang-orang yang memelukan. ” Setelah itu Baginda SAW bertanyakan kepada unta itu akan sebab kedegilan unta itu kepada tuannya. Lalu dijawab oleh unta itu, “Wahai Rasulullah, sungguh aku tidak menderhakainya daripada pekerjaannya, tetapi aku menderhakainya akan sebab sikap buruknya iaitu selalu meninggalkan solat Isyak. Sekiranya dia berjanji untuk mengubah sikapnya untuk mengerjakan solat Isyak maka aku berjanji akan aku turuti perintahnya. Semua ini aku lakukan kerana aku takut Allah SWT menurunkan seksa-Nya kepada mereka sedangkan aku berada diantara mereka. ” Akhirnya Nabi SAW mengambil perjanjian antara orang Arab kampung itu, bahawa dia tidak akan meninggalkan solat Isyak. Kemudian Nabi SAW pun menyerahkan kembali unta tersebut kepadanya dan unta itu pun patuh dan kembali kepada tuannnya.


Tuesday 28 August 2012

B!D@d@r! Untuk Umar RA


Umar r.a adalah salah seorang daripada sahabat Rasulullah SAW. Setelah dia memeluk Islam, kaum muslimin seolah-olah telah memperolehi suatu kekuatan yang sangat besar. Sejak itulah mereka berani solat dan tawaf di Kaabah secara terang-terangan. Umar r.a adalah seorang yan warak. Dia sangat teliti dalam mengamalkan Islam. Umar r.a mempelajari Surah Al-Baqarah selama 10 tahun.  Kemudian dia menanyakan kepada RAsulullah SAW, “Wahai Rasulullah SAW, apakah kehidupanku telah mencerminkan surah Al-Baqarah? Jika belum, maka aku tidak akan melanjutkan ke surah yang berikutnya.” Rasulullah SAW telah menjawab, “ Sudah..!!.” Umar r.a mengamalkan agama yang sesuai dengan kehendak Allah SWT. Kerana kesungguhan inilah maka banyak ayat Al-Quran yang diturunkan Allah SWT berdasarkan kehendak yan ada pada hatinya sepeti mengenai pengharaman arak, ayat mengenai hijab, dan beberapa ayat Al-Quran yang lainnya.


Rasulullah SAW seringkali menceritakan kepada para sahabatnya mengenai perjalanan mikrajnya menghadap Allah SWT. Beliau SAW sering menceritakan bagaimana keadaan syurga yang dijanjikan Allah SWT kepada sahabat-sahabatnya. Suatu hari ketika Rasulullah SAW dimikrajkan menghadap Allah SWT, malaikat Jibril AS memperlihatkan kepada Beliau SAW taman-taman syurga. RAsulullah SAW melihat ada sekumpulan bidadari yang sedang bercengkrama. Ada seorang bidadari yang begitu berbeza daripada yang lainnya. Bidadari itu menyendiri dan nampak sangat pemalu. Rasulullah SAW bertanya kepada Jibril AS, “ Wahai Jibril AS, bidadari siapakah itu?.” Malaikat Jibril AS menjawab, “Bidadari itu adalah diperuntukkan bagi sahabatmu Umar r.a. Pernah suatu hari ia membayangkan tentang syurga yang engkau ceritakan tentang keindahannya. Ia menginginkan untuknya seorang bidadari yang bebeza dari bidadari yang lainnya. Bidadari yang diinginkannya itu berkulit hitam manis, dahinya tinggi, bahagian atas matanya bewarna merah, dan bahagian bawah matanya bewarna biru serta memiliki sifat yang sangat pemalu. Kerana sahabatmu itu selalu memenuhi kehendak Allah SWT, maka saat itu juga Allah SWT menjadikan seorang bidadari untuknya sesuai dengan apa yang dikehendaki oleh hatinya.”      


 

Saturday 7 July 2012

Kisah Kambing dan Alat Tenun..


Imam Ahmad dari Hamid bin Hilal berkata: 
Ada seorang pemuda yang sering berulang-alik di kampung kami, lalu dia membawa cerita yang aneh-aneh kepada orang-orang kampung. 

Suatu ketika dia datang ke Madinah dalam rombongan dagang, lalu dia menjual semua barang-barang yang telah dibawanya.Setelah itu dia terfikir untuk pergi kepada orang lelaki (Nabi Muhammad SAW) yang membawa ajaran baru (Islam) agar dia dapat mendengar berita-berita yang aneh untuk diceritakan sekembalinya dia daripada berdagang.

Apabila bertemu Rasulullah SAW, diberitahu olehnya akan hajatnya itu kepada Rasulullah SAW. Lalu baginda pun  menunjukkan kepadanya ke arah sebuah rumah yang penghuninya merupakan seorang wanita.
Wanita tersebut pernah mengikuti tentera Islam dalam berjihad dengan meninggalkan 12 ekor kambing dan sebuah alat tenunan yang digunakan untuk menenun pakaian. Namun, sekembalinya daripada berjihad, wanita tersebut mendapati bahawa kambingnya telah hilang seekor dan alat tenunannya juga hilang.

Wanita tersebut berasa amat sedih dan berdoa dengan penuh kesedihan. Katanya: “Ya Tuhanku! Engkau telah memberikan jaminan bahawa siapa yang keluar berjihad pada jalan-Mu, Engkau akan pelihara harta bendanya, dan sekarang aku telah kehilangan seekor kambing dan alat tenunanku. Jadi aku ingin meminta ganti atas kambing yang hilang dan alat tenunanku itu!.”

Rasulullah SAW terus menceritakan betapa bersungguh-sungguhnya wanita itu berdoa dan memohon kepada Tuhannya sehingga pada keesokkan harinya, wanita itu mendapati di pintu rumahnya seekor kambing yang hilang dan seekor kambing lain bersamanya. Selain itu, dia melihat alat tenunannya dan alat tenunan yang lain.

Setelah selasai bercerita kepada pemuda itu, Rasulullah SAW menyuruh pemuda itu agar pergi ke rumah wanita tersebut untuk memastikan kesahihan cerita yang disampaikan oleh baginda. Namun ditolak dengan baik oleh pemuda itu kerana dia percaya bahawa setiap apa yang diceritakan oleh baginda Rasulullah SAW adalah benar.  


Friday 6 July 2012

Keberanian Saad bin Abu Waqqash r.a


Ibnu Asakir dari Az-Zuhri berkata: 
Pada suatu hari Rasulullah SAW telah mengutus 
Sa’ad bin Abu Waqqash r.a untuk mengetuai satu 
pasukan ke suatu tempat di negeri Hijaz 
yang dikenal dengan nama Rabigh. 
Mereka telah diserang dari belakang 
oleh kaum musyrikin. 
Maka Sa’ad bin Abu Waqqash r.a mengeluarkan 
panah-panahnya serta memanah mereka  
dengan panah-panah itu. 
Maka dengan itu Sa’ad bun Abu Waqqash r.a 
menjadi orang pertama yang memanah 
di dalam Islam dan peristiwa itu pula menjadi 
perang yang pertama terjadi di dalam Islam 
(Al-Muntakhab 5:72)

Ibnu Asakir dari Ibnu Syihab berkata: 
Pada hari pertempuran di Uhud, 
Sa’ad bin Abu Waqqash r.a telah membunuh 
tiga orang musyrikin dengan sebatang anak panah.

Bazzar dari Abdullah bin Mas’ud r.a berkata: 
Pada hari pertempuran di Badar, 
Sa’ad bin Abu Waqqash r.a telah menyerang musuh 
dengan berkuda dan dengan berjalan kaki..


Wednesday 4 July 2012

Wahyu Terakhir kepada Rasulullah SAW


Diriwayatkan bahawa surah Al-Maaidah ayat 3 diturunkan pada sesudah waktu asar iaitu hari Jumaat di padang Arafah pada musim haji penghabisan (wada’). Pada masa itu Rasullulah SAW berada di Arafah di atas unta. Ketika ayat ini turun, Rasulullah SAW tidak begitu jelas penerimaannya untuk mengingati isi dan makna yang terkandung dalam ayat tersebut. Kemudian Rasulullah SAW bersandar pada unta beliau, unta beliau pun duduk perlahan-lahan. Setelah itu turun malaikat Jibril AS dan berkata:

“Wahai Muhammad, sesungguhnya pada hari ini telah disempurnakan urusan agamamu, maka terputuslah apa yang diperintahkan oleh Allah SWT dan demikian juga apa yang terlarang olehnya. Oleh itu kamu kumpulkan para sahabatmu dan beritahu kepada mereka bahawa hari ini adalah hari terakhir aku bertemu dengan kamu ”. Setelah Malaikat Jibril AS pergi maka Rasulullah SAW pun berangkat ke Mekah dan terus pergi ke Madinah. Setelah Rasullulah SAW mengumpulkan para sahabat beliau, maka Rasulullah SAW pun menceritakan apa yang telah diberitahu oleh malaikat Jibril AS. Apabila para sahabat mendengar hal yang demikian maka mereka pun gembira sambil berkata:

“Agama kita telah sempurna.Agama kita telah sempurna”. Apabila Abu Bakar r.a mendengar keterangan Rasulullah SAW, maka ia tidak dapat menahan kesedihannya maka ia pun kembali ke rumah lalu mengunci pintu dan menangis sekuat-kuatnya. Abu Bakar r.a menangis dari pagi hingga ke malam. Kisah tentang Abu Bakar r.a menangis telah sampai kepada para sahabat yang lain, maka berkumpullah para sahabat di depan rumah Abu Bakar r.a dan mereka berkata “Wahai Abu Bakar, apakah yang telah membuat kamu menangis sehingga begini keadaan kamu? Seharusnya kamu merasa gembira sebab agama kita telah sempurna.” Mendengarkan pertanyaan dari para sahabat maka Abu Bakar r.a pun berkata, “Wahai para sahabatku, kamu semua tidak tahu tentang musibah yang menimpa kamu, tidakkah kamu tahu bahawa apabila sesuatu perkara  itu telah sempurna maka akan kelihatanlah akan kekurangannya. Dengan turunnya ayat tersebut bahawa ia menunjukkan perpisahan kita dengan Rasulullah SAW. Hassan dan Husin menjadi yatim dan para isteri nabi menjadi janda”.

Setelah mereka mendengar penjelasan dari Abu Bakar r.a maka sedarlah mereka akan kebenaran kata-kata Abu Bakar r.a, lalu mereka pun menangis dengan sekuat-kuatnya. Tangisan mereka telah didengar oleh para oleh para sahabat lain, maka mereka pun terus memberitahu Rasulullah SAW tentang apa yang mereka lihat itu. Berkata salah seorang dari para sahabat, “Ya Rasulullah SAW, kami baru kembali dari rumah Abu Bakar r.a dan kami dapati banyak orang menangis dengan suara kuat di depan rumah beliau”. Apabila Rasulullah SAW mendengar keterangan dari para sahabat, maka berubahlah muka Rasulullah SAW dan dengan bergegas beliau menuju ke ramah Abu Bakar r.a. setelah Rasulullah SAW sampai di rumah Abu Bakar r.a maka Rasulullah SAW melihat kesemua mereka menangis dan bertanya, “Wahai para sahabatku, kenapakah kamu semua menangis?.” Kemudian, Ali r.a berkata “Ya Rasulullah SAW, Abu Bakar r.a mengatakan dengan turunnya ayat ini membawa tanda bahawa waktu wafat mu telah dekat. Adakah ini benar ya Rasulullah?.” Lalu Rasulullah SAW berkata: “Semua yang dikatakan oleh Abu Bakar r.a adalah benar, dan sesungguhnya waktu aku meninggalkan kamu semua telah dekat.”

Setelah Abu Bakar r.a mendengar pengakuan Rasulullah SAW, maka ia pun menangissekuat tenaganya sehingga ia jatuh pingsan. Sementara ‘Ukasyah r.a berkata kepada Rasulullah SAW, “ya Rasulullah, waktu itu saya anda pukul pada tulang rusuk saya. Oleh itu saya hendak tahu apakah anda sengaja saya atau hendak memukul unta baginda.” Rasulullah SAW berkata: “Wahai ‘Ukasyah, Rasulullah SAW sengaja memukul kamu.” Kemudian Rasulullah SAW berkata kepada Bilal r.a, “Wahai Bilal, kamu pergi ke rumah Fathimah dan ambilkan tongkatku ke mari.” Bilal keluar dari masjid menuju ke rumah Fathimah sambil meletakkan tangannya di atas kepala dengan berkata, “Rasulullah telah menyediakan dirinya untuk dibalas (diqishash).”

Setelah Bilal sampai di rumah Fathimah maka Bilal pun memberi salam dan mengetuk pintu. Kemudian Fathimah r.a menyahut dengan berkata: “Siapakah di pintu?” Lalu Bilal r.a berkata: “Saya Bilal, saya telah diperintahkan oleh Rasulullah SAW untuk mengambil tongkat beliau.” Kemudian Fathimah r.a berkata: “Wahai Bilal, untuk apa ayahku minta tongkatnya?.” Berkata Bilal r.a: “Wahai Fathimah r.a, Rasulullah Saw telah menyediakan dirinya untuk diqishash .” Bertanya  Fathimah r.a lagi: “Wahai Bilal siapakah manusia yang sampai hatinya untuk mengishash Rasulullah SAW?” Bilal r.a tidak menjawab pertanyaan Fathimah r.a. Setelah Fatimah r.a memberkan tongkat tersebut, maka Bilal pun membawa tongkat itu kepada Rasulullah SAW. Setelah Rasulullah SAW menerima tongkat tersebut daripada Bilal r.a maka beliau pun menyerahkan kepada ‘Ukasyah.

Melihatkan hal yang demikian maka Abu Bakar r.a dan Umar r.a tampil ke depan sambil berkata: “Wahai ‘Ukasyah, janganlah kamu qishash baginda SAW tetapi kamu qishashlah kami berdua.” Apabila Rasulullah mendengar kata-kata Abu Bakar r.a dan Umar r.a maka dengan segera beliau berkata: “Wahai Abu Bakar, Umar duduklah kamu berdua, sesungguhnya Allah SWT telah menetapkan tempatnya untuk kamu berdua.” Kemudian Ali r.a bagun lalu berkata: “Wahai Ukasyah! Aku adalah orang yang sentiasa berada di samping Rasulullah SAW, oleh itu kamu pukullah aku dan janganlah kamu mengishash Rasulullah SAW.” Lalu Rasulullah SAW berkata: “Wahai Ali duduklah kamu, sesungguhnya Allah SWT  telah menetapkan tempatmu dengan mengetahui isi hatimu.” Setelah itu Hasan dan Husin bangun dengan berkata: “Wahai Ukasyah, bukankah kamu tidak tahu bahawa kami ini adalah cucu Rasulullah SAW, kalau kamu mengishash kami sama dengan kamu mengishash Rasulullah SAW.” Mendengar kata-kata cucunya Rasulullah SAW pun berkata: “Wahai buah hatiku, duduklah kamu berdua.” Berkata Rasulullah SAW: “Wahai ‘Ukasyah pukullah saya kalau kamu hendak memukul.”

Kemudian ‘Ukasyah berkata: “Ya Rasulullah SAW, anda telah memukul saya sewaktu saya tidak memakai baju.” Maka Rasulullah SAW pun membuka baju. Maka menangislah semua yan hadir. Setelah ‘Ukasyah melihat tubuh Rasulullah SAW maka ia pun mencium dan berkata: “Saya tebus anda dengan jiwa saya ya Rasullullah SAW, maka siapakah yang sanggup memukul baginda. Saya melakukan begini adalah sebab saya ingin menyentuh Rasulullah yang dimuliakan Allah SWT dan yang menjaga saya dari neraka dengan kehormatanmu. ” Kemudian Rasulullah SAW berkata : “Dengarlah kamu sekalian, sekiranya kamu hendak melihat ahli syurga, inilah orangnya.” Kemudian semua para jemaah bersalam-salaman atas kegembiraan mereka terhadap peristiwa yang sangat meruntun jiwa itu. Setelah itu, para jemaah pun berkata, “ Wahai ‘Ukasyah, inilah keuntungan yang paling besar bagimu, engkau telah memperolah darjat yang tinggi dan bertemankan Rasulullah SAW di dalam syurga.”

Apabila ajal Rasulullah SAW makin dekat, maka beliau pun memanggil para sahabat ke rumah Aisyah r.a dan beliau berkata: “Selamat datang kamu semua, semoga Allah SWT mengasihi kamu semua. Saya berwasiat kepada kamu semua agar kamu semua bertaqwa kepada Allah SWT dan mentaati perintahnya. Sesungguhnya hari perpisahan antara saya denan kamu semua hampir dekat, dan dekat pula saat kembalinya seorang hamba kepada Allah SWT dan menempatkannya di syurga. Kalau telah sampai ajalku, maka hendaklah Ali yang memandikanku, Fadhl bin Abbas hendaklah menuangkan air dan Usamah bin Zaid hendaklah menolong keduanya. Setelah itu kafanilah aku dengan pakaianku sendiri apabila kamu semua menghendaki, atau kafanilah aku dengan air yaman yang putih. Apabila kamu memandikan aku, maka hendaklah kamu letakkan di atas balai tempat tidurku dalam rumahku ini. Setelah itu kamu semua keluarlah sebentar meninggalkan aku. Pertama yang akan mensolatkan aku ialah Allah SWT, kemudian yang akan mensolatkan aku ialah Jibril a.s, kemudian itu diikuti oleh malaikat Israfil, malaikat Mikail, dan yang akhir sekali malaikat Izrail beserta dengan semua pembantunya. Setelah itu baru kamu semua masuk bergantian secara berkelompok solat ke atasku.”

Setelah para sahabat mendengar ucapan yang sungguh menyayat hati itu, maka mereka pun menangis dengan nada yang keras dan berkata: “Ya Rasulullah anda adalah seorang rasul yang diutus kepada kami dan untuk semua, yang mana selama ini memberi kekuatan dalam penemuan kami dan sebagai penguasa yang menyelesaikan permasalahan kami. Apabila anda sudah tiada nanti kepada siapakah akan kami tanya setiap persoalan yang timbul nanti?.” Kemudian Rasulullah SAW berkata: “Dengarlah para sahabatku, aku tinggalkan kepada kamu semua jalan yang benar dan jalan yan terang serta telah aku tinggalkan kepada kamu dua penasihat yang satu daripadanya nanti pandai berbicara dan yang satu lagi diam sahaja. Yang pandai berbicara itu ialah Al-Quran dan yang diam itu adalah maut. Apabila ada sesuatu persoalan yang rumit di antara kamu, maka hendaklah kamu semua kembali kepada Al-Quran dan Hadis dan sekiranya hati kamu itu berkeras maka lembutkan dia dengan mengambil pelajaran dari mati .”

Setelah Rasulullah SAW berkata demikian, maka sakit Rasulullah SAW bermula. Dalam bulan safar, Rasulullah SAW sakit selama 18 hari dan sering diziarahi oleh para sahabat. Dalam sebuah kitab diterangkan bahawa Rasulullah SAW diutus pada hari Isnin dan wafat pada hari Isnin. Pada hari Isnin penyakit Rasulullah SAW bertambah teruk. Setelah Bilal r.a menyelesaikan azan subuh, maka Bilal r.a pun pergi ke rumah Rasulullah SAW. Sesampai Bilal r.a di rumah Rasulullah SAW, maka Bilal r.a pun memberi salam dan disambut Fathimah r.a dengan ucapan: “Rasulullah SAW masih sibuk dengan urusan beliau.” Setelah Bila r.a mendengar penjelasan daripada Fathimah r.a, maka Bilal r.a pun kembali ke masjid tanpa memahami kata-kata Fathimah r.a itu. Apabila waktu subuh sudah hampir ke penhujungnya, Bilal r.a pergi lagi ke rumah Rasulullah SAW dan memberi salam dan kali ini disambut Rasulullah SAW denagn berkata: “Masuklah wahai Bilal, sesungguhnya penyakitku ini semakin berat, oleh itu kamu suruhlah Abu Bakar mangimamkan solat Subuh berjemaah dengan mereka yang hadir.” Setelah mendengar kata-kata Rasulullah SAW, maka Bilal r.a pun berjalan menuju ke masjid sambil meletakkan tangan di atas kepala dengan berkata: “Aduh musibah.”

Setelah Bilal r.a sampai di masjid, maka Bilal r.a pun memberitahu Abu Bakar r.a tentang apa yang Rasulullah SAW katakana kepadanya. Abu Bakar r.a tidak dapat menahan dirinya apabila melihat mimbar kosong, maka dengan suara yang keras Abu Bakar r.a menangis sehingga pingsan. Melihakan peristiwa itu, maka riuh rendah tangisan para sahabat dalam masjid sehingga Rasulullah SAW bertanya kepada Fathimah r.a: “Wahai Fathimah, apakah yan telah berlaku?.” Lalu dijawab Fathimah r.a: “Kekecohan kaum muslimin, sebab Rasulullah tidak pergi ke masjid.” Kemudian Rasulullah SAW memanggil Ali r.a dan Fadhl bin Abbas r.a, lalu Rasulullah SAW bersandar kepada mereka berdua dan terus ke masjid dan solat subuh bersama dengan para jemaah.

Setelah solat subuh, maka Rasulullah SAW pun berkata: “Wahai kaum muslimin, kamu semua sentiasa dalam pertolongan dan pemeliharaan Allah SWT. Oleh itu, hendaklah kamu semua bertaqwa kepada Allah SWT dan mengerjakan segala perintah-Nya. Sesungguhnya  aku akan meninggalkan kamu semua dan hari ini hari pertamaku di akhirat dan hari terakhirku di dunia.” Setelah berkata demikian, maka Rasulullah SAW pun pulang ke rumah beliau. Kemudian Allah SWT mewahyukan kepada malaikat Izrail a.s supaya menemui kekasih-Nya dengan sebaik-baik rupa untuk mengambil ruh Nabi SAW dengan cara yang paling lembut dan hendaklah meminta izin sebelum memasuki rumah Rasulullah SAW.

Setelah malaikat Izrail a.s mendapat perintah dari Allah SWT maka malaikat Izrail a.s pun turun dengan menyerupai orang Arab Badwi. Setelah malaikat Izrail a.s sampai di depan rumah lalu diberinya salam dan dijawab oleh Fathimah r.a dengan ucapan: “Wahai hamba Allah, Rasulullah sedang sibuk kerana sakitnya semakin tenat.” Setelah itu malaikat Izrail meneru buat kali kedua. Namun kali ini didengari oleh Rasulullah SAW, lalu ditanya Rasulullah SAW kepada Fathimah a.s gerangan tetamu yang datang. Fathimah a.s berkata: “Ya Rasulullah, ada seorang Arab Badwi memanggilmu danaku telah katakan kepadanya bahawa anda sedang sibuk disebabkan sakit. Sebaliknya dia memandang saya dengan tajam sehingga terasa menggigil badan saya.” Lalu dijawab Nabi saw dengan ucapan: “Dia adalah malaikat Izrail, malaikat yang akan memutuskan segala macam nafsu syahwat yang memisahkan perkumpulan-perkumpulan dan yang memusnahkan semua rumah serta meramaikan kubur.” Mendengar akan ucapan itu, Fathimah r.a menangis sehinggalah dipujuk oleh Rasulullah SAW dengan mengatakan bahawa Fathimah r.a merupakan orang yang pertama dalam keluargaku yang akan bertemu denganku. Setelah itu dijemputlah malaikat Izrail a.s untuk bertemu Rasulullah SAW bagi mencabut nyawa baginda.

Dari Anas bin Malik r.a berkata: “Apabila ruh Rasulullah SAW telah sampai di dada, beliau bersabda: “Aku wasiatkan kepada kamu semua menjaga solat dan apa-apa yang telah diperintahkan ke atas kamu.”

Dari Ali r.a berkata: “Sesungguhnya Rasulullah SAW menjelang saat-saat terakhir telah menggerakkan kedua-dua bibir beliau sebanyak dua kali dan ucapannya ialah: Umatku-umatku. ”





Saturday 16 June 2012

Kisah Lima Perkara Aneh


Abu Laits as-samarqandi adalah seorang ahli fiqh yang masyur. Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahawa antara nabi-nabi yang bukan rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara. Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam diperintahkan yang berbunyi, “Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. 

Engkau dikehendaki melaksanakan:-
  1. Apa yang engkau lihat (hadapi) maka makanlah
  2. Engkau sembunyikan
  3. Engkau terimalah
  4. Jangan engkau putuskan harapan
  5. Larilah engkau daripadanya”

Pada keesokkan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam. Nabi itu kebingungan sambil berkata “Aku diperintahkan memakan pertama yang aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu  mustahil yang tidak dapat dilaksanakan”. Maka nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk memakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar buku roti. Maka Nabi itupun mengambilnya lalu disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan rasa sungguh manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan syukur “Alhamdulillah”.

Kemudian Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas. Dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan. Lantas Nabi itu pun menggali sebuah lubang lalu menanam mangkuk emas itu dan terus berlalu pergi. Tiba-tiba mangkuk emas itu keluar semula. Nabi itupun menanam semula sehingga tiga kali berturut-turut. Maka berkatalah Nabi itu, “Aku telah melaksanakan perintah-Mu”. Lalu dia pun meneruskan perjalannya dan tanpa disedari mangkuk emas itu keluar semula.

Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil itu berkata “Wahai Nabi Allah, tolonglah aku”. Mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya. Melihatkan keadaan itu, lantas burung helang pun datang menghampirinya sambil berkata “Wahai Nabi Allah aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku ”. Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, iaitu tidak boleh putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan perkara itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pehanya dan diberikan kepada helang itu. Setelah mendapat daging itu, helang pun terbang dan burung kecil itu pun dilepaskan dari dalam bajunya.

Selepas kejadian itu, Nabi meneruskan perjalanannya. Tidak lama kemudia dia bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya. Maka dia pun bergegas lari dari situ kerana tidak tahan bau yang menyakitkan hidungnya.Setelah menemui  kelima-lima peristiwa itu, maka kembalilah nabi ke rumahnya. 

Pada malam itu, Nabi pun berdoa agar diperjelaskan mengenai peristiwa yang dialaminya.Dalam mimpi beliau telah diberitahukan oleh Allah SWT :-
  1. Yang pertama itu adalah marah. Pada mulanya Nampak besar seperti bukit tetapi pada akhirnya jika dapat bersabar dan dapat mengawal serta menahannya, maka marah itu pun akan menjadi lebih manis daripada madu
  2. Yang kedua itu adalah semua amal kebaikan (budi). Walaupun disembinyikan, maka ia akan tetap nampak jua
  3. Yang ketiga itu adalah amanah. Jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu kianat kepadanya
  4. Yang keempat itu adalah jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah untuk membantunya meskipun engkau sendiri berhajat
  5. Yang kelima pula bau busuk itu adalah ghibah  (menceritakan hal seseorang). Maka larilah dari orang-orang yang sedang berkumpul untuk membuat ghibah.

Maka berkata Allah SWT “Ini adalah pahala orang-orang yang mengata tentang dirimu”. Dengan ini haruslah kita sedar bahawa walaupun apa yan kita kata itu memang benar, tetapi itu akan merugikan diri kita sendiri. Oleh itu, janganlah kita mengata hal orang walaupun ia benar.