BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, 16 June 2012

Kisah Lima Perkara Aneh


Abu Laits as-samarqandi adalah seorang ahli fiqh yang masyur. Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahawa antara nabi-nabi yang bukan rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara. Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam diperintahkan yang berbunyi, “Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. 

Engkau dikehendaki melaksanakan:-
  1. Apa yang engkau lihat (hadapi) maka makanlah
  2. Engkau sembunyikan
  3. Engkau terimalah
  4. Jangan engkau putuskan harapan
  5. Larilah engkau daripadanya”

Pada keesokkan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam. Nabi itu kebingungan sambil berkata “Aku diperintahkan memakan pertama yang aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu  mustahil yang tidak dapat dilaksanakan”. Maka nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk memakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar buku roti. Maka Nabi itupun mengambilnya lalu disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan rasa sungguh manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan syukur “Alhamdulillah”.

Kemudian Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas. Dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan. Lantas Nabi itu pun menggali sebuah lubang lalu menanam mangkuk emas itu dan terus berlalu pergi. Tiba-tiba mangkuk emas itu keluar semula. Nabi itupun menanam semula sehingga tiga kali berturut-turut. Maka berkatalah Nabi itu, “Aku telah melaksanakan perintah-Mu”. Lalu dia pun meneruskan perjalannya dan tanpa disedari mangkuk emas itu keluar semula.

Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil itu berkata “Wahai Nabi Allah, tolonglah aku”. Mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya. Melihatkan keadaan itu, lantas burung helang pun datang menghampirinya sambil berkata “Wahai Nabi Allah aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku ”. Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, iaitu tidak boleh putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan perkara itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pehanya dan diberikan kepada helang itu. Setelah mendapat daging itu, helang pun terbang dan burung kecil itu pun dilepaskan dari dalam bajunya.

Selepas kejadian itu, Nabi meneruskan perjalanannya. Tidak lama kemudia dia bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya. Maka dia pun bergegas lari dari situ kerana tidak tahan bau yang menyakitkan hidungnya.Setelah menemui  kelima-lima peristiwa itu, maka kembalilah nabi ke rumahnya. 

Pada malam itu, Nabi pun berdoa agar diperjelaskan mengenai peristiwa yang dialaminya.Dalam mimpi beliau telah diberitahukan oleh Allah SWT :-
  1. Yang pertama itu adalah marah. Pada mulanya Nampak besar seperti bukit tetapi pada akhirnya jika dapat bersabar dan dapat mengawal serta menahannya, maka marah itu pun akan menjadi lebih manis daripada madu
  2. Yang kedua itu adalah semua amal kebaikan (budi). Walaupun disembinyikan, maka ia akan tetap nampak jua
  3. Yang ketiga itu adalah amanah. Jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu kianat kepadanya
  4. Yang keempat itu adalah jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah untuk membantunya meskipun engkau sendiri berhajat
  5. Yang kelima pula bau busuk itu adalah ghibah  (menceritakan hal seseorang). Maka larilah dari orang-orang yang sedang berkumpul untuk membuat ghibah.

Maka berkata Allah SWT “Ini adalah pahala orang-orang yang mengata tentang dirimu”. Dengan ini haruslah kita sedar bahawa walaupun apa yan kita kata itu memang benar, tetapi itu akan merugikan diri kita sendiri. Oleh itu, janganlah kita mengata hal orang walaupun ia benar.    


0 comments: