BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, 30 August 2012

SubahanaAllah...Gunung pun Menangis..

Pada suatu hai Uqa’il bin Abi Talib telah pergi bersama-sama dengan Nabi Muhammad SAW.
Pada waktu itu Uqa’il telah melihat sesuatu yang ajaib sehingga menjadikan hatinya tetap bertambah kuat terhadap Islam dengan tiga pekara yang dilihatnya itu.

Peristiwa pertama, apabila Rasulullah SAW ingin membuang air besar, dihadapannya terdapat beberapa batang pohon. Maka Baginda RAsulullah SAW pun berkata kepada Uqa’il, “Hai Uqa’il teruslah engkau berjalan sampai ke pohon itu, dan katakanlah kepadanya , bahawa sesungguhnya Rasulullah SAW berkata: Agar kamu semua datang kepadanya untuk menjadi aling-aling atau penutup baginya, kerana sesungguhnya baginda akan mengambil air wuduk dan buang aor besar.” Uqa’il pun keluar dan pergi mendapatkan pohon-pohon itu dan sebelum dia menyelesaikan tugas itu ternya pohon-pohon itu sudah tumbang dari akarnya serta sudah mengelilingi di sekitar Baginda SAW sehingga selesai dari hajatnya.


Peristiwa kedua, apabila Uqa’il berasa haus dia mencari air. Namun tidak juga ditemuinya. Maka Baginda SAW berkata kepada Uqa’il bin Abi Talib, “Hai Uqa’il, dakilah gunung itu dan sampaikanlah salamku kepadanya serta katakan: Jika padamu ada air berilah aku minum.” Lalu Uqa’il pun pergi mendaki gunung dan berkata kepadanya sebagaimana yang telah disabdakan baginda itu. Maka sebelum selesai dia berkata, gunung itu bekata dengan fasihya, “Katakanlah kepada Rasulullah SAW bahawa aku sejak Allah SWT menuunkan ayat yang bermaksud: ‘Hai orang-orang yang beriman, jagalah dirimu beserta keluargamu dari seska api neraka yang umpannya dari manusia dan batu’, Aku menangis dari sebab takut kalau aku menjadi batu itu, maka tidak ada lagi air padaku. ”


Peristiwa ketiga, ketika Uqail sedang berjalan bersama Nabi SAW, tiba-tiba ada seekor unta yang meloncat dan lari ke hadapan Rasulullah SAW dan berkata “Ya Rasulullah aku meminta perlindungan daripadamu.” Sebelum unta itu selesai mengadukan halnya, tiba-tiba datanglah dari belakang seorang Arab kampung dengan membawa pedang terhunus. Melihatkan keadaan itu, Nabi Muhammad SAW berkata: “Apakah yang hendak kamu perbuat dengan unta ini?.” Maka dijawabnya, “Wahai Rasulullah, ak telah membelinya dengan harga yang mahal tetapi dia tidak mahu mengikutiku, lalu kurasakan lebih baik aku manfaatkan sahaja dagingnya agar bermanfaat kepada orang-orang yang memelukan. ” Setelah itu Baginda SAW bertanyakan kepada unta itu akan sebab kedegilan unta itu kepada tuannya. Lalu dijawab oleh unta itu, “Wahai Rasulullah, sungguh aku tidak menderhakainya daripada pekerjaannya, tetapi aku menderhakainya akan sebab sikap buruknya iaitu selalu meninggalkan solat Isyak. Sekiranya dia berjanji untuk mengubah sikapnya untuk mengerjakan solat Isyak maka aku berjanji akan aku turuti perintahnya. Semua ini aku lakukan kerana aku takut Allah SWT menurunkan seksa-Nya kepada mereka sedangkan aku berada diantara mereka. ” Akhirnya Nabi SAW mengambil perjanjian antara orang Arab kampung itu, bahawa dia tidak akan meninggalkan solat Isyak. Kemudian Nabi SAW pun menyerahkan kembali unta tersebut kepadanya dan unta itu pun patuh dan kembali kepada tuannnya.


0 comments: