BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, 7 July 2012

Kisah Kambing dan Alat Tenun..


Imam Ahmad dari Hamid bin Hilal berkata: 
Ada seorang pemuda yang sering berulang-alik di kampung kami, lalu dia membawa cerita yang aneh-aneh kepada orang-orang kampung. 

Suatu ketika dia datang ke Madinah dalam rombongan dagang, lalu dia menjual semua barang-barang yang telah dibawanya.Setelah itu dia terfikir untuk pergi kepada orang lelaki (Nabi Muhammad SAW) yang membawa ajaran baru (Islam) agar dia dapat mendengar berita-berita yang aneh untuk diceritakan sekembalinya dia daripada berdagang.

Apabila bertemu Rasulullah SAW, diberitahu olehnya akan hajatnya itu kepada Rasulullah SAW. Lalu baginda pun  menunjukkan kepadanya ke arah sebuah rumah yang penghuninya merupakan seorang wanita.
Wanita tersebut pernah mengikuti tentera Islam dalam berjihad dengan meninggalkan 12 ekor kambing dan sebuah alat tenunan yang digunakan untuk menenun pakaian. Namun, sekembalinya daripada berjihad, wanita tersebut mendapati bahawa kambingnya telah hilang seekor dan alat tenunannya juga hilang.

Wanita tersebut berasa amat sedih dan berdoa dengan penuh kesedihan. Katanya: “Ya Tuhanku! Engkau telah memberikan jaminan bahawa siapa yang keluar berjihad pada jalan-Mu, Engkau akan pelihara harta bendanya, dan sekarang aku telah kehilangan seekor kambing dan alat tenunanku. Jadi aku ingin meminta ganti atas kambing yang hilang dan alat tenunanku itu!.”

Rasulullah SAW terus menceritakan betapa bersungguh-sungguhnya wanita itu berdoa dan memohon kepada Tuhannya sehingga pada keesokkan harinya, wanita itu mendapati di pintu rumahnya seekor kambing yang hilang dan seekor kambing lain bersamanya. Selain itu, dia melihat alat tenunannya dan alat tenunan yang lain.

Setelah selasai bercerita kepada pemuda itu, Rasulullah SAW menyuruh pemuda itu agar pergi ke rumah wanita tersebut untuk memastikan kesahihan cerita yang disampaikan oleh baginda. Namun ditolak dengan baik oleh pemuda itu kerana dia percaya bahawa setiap apa yang diceritakan oleh baginda Rasulullah SAW adalah benar.  


0 comments: