BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, 30 August 2012

Tetamu..Kehadiranya memberi rezeki

Seorang telah datang menemui Rasulullah SAW dan telah menceritakan kepada Baginda tentang kelaparan yang dialami olehnya. 

Kebetulan pada ketika itu Baginda tidak mempunyai sesuatu pun makanan pada diri Baginda mahupun di rumahnya sendiri untuk dibeikan kepada orang itu. Baginda kemudian bertanya kepada para sahabat, “Adakah ada sesiapa di antaa kamu yang sanggup melayani orang ini sebagai tetamunya pada mala mini bagi pihakku?” Seorang daripada kaum Ansar telah menyahut, “Wahai Rasulullah, saya sanggup melakukan seperti kehendak tuan itu.” 

Orang Ansar itupun telah membawa orang itu ke rumahnya dan menerangkan pula kepada isterinya seraya berkata, “Lihatlah bahawa orang ini adalah meupakan tetamu Rasulullah SAW. Kita mesti melayaninya sebaik-baik layanan mengikut segala kesanggupan yang ada pada dii kita dan semasa melakukan demikian janganlah kita tinggalkan sesuatu makanan pun yang ada di umah kita.” Lalu isterinya pun menjawab, “Demi Allah! Sebenarnya saya tidak menyimpan sebarang makanan pun, yang ada Cuma sedikit. Itupun makanan anak-anak kita di rumah ini.” Orang Ansar itu pun berkata, “Kalau begitu engkau tidurkanlah anak-anak kita dahulu tanpa member makanan terlebih dahulu kepada mereka. Apabila saya duduk berbual-bual dengan  tetamu ini dan apabila kami mulai makan engkau padamlah lampu itu, sambil berpua-pura hendak membetulkannya kembali supaya tetamu itu tidak akan ketahui bahawa saya tidak makan bersama-sama dengannya.” 

Rancangan itu telah berjalan dengan lancarnya dan seluruh keluarga tersebut termasuk anak-anak mereka terpaksa menahan lapar semata-mata untuk membolehkan tetamu itu makan sehingga berasa kenyang. 

Berikutan dengan peristiwa itu, Allah SWT telah berfirman yang bermaksud: “Dan mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin) atas diri mereka sendiri, sekali pun mereka beada dalam kesusahan.” {Al-Hasy:9} 

InsyaAllah


SubahanaAllah...Gunung pun Menangis..

Pada suatu hai Uqa’il bin Abi Talib telah pergi bersama-sama dengan Nabi Muhammad SAW.
Pada waktu itu Uqa’il telah melihat sesuatu yang ajaib sehingga menjadikan hatinya tetap bertambah kuat terhadap Islam dengan tiga pekara yang dilihatnya itu.

Peristiwa pertama, apabila Rasulullah SAW ingin membuang air besar, dihadapannya terdapat beberapa batang pohon. Maka Baginda RAsulullah SAW pun berkata kepada Uqa’il, “Hai Uqa’il teruslah engkau berjalan sampai ke pohon itu, dan katakanlah kepadanya , bahawa sesungguhnya Rasulullah SAW berkata: Agar kamu semua datang kepadanya untuk menjadi aling-aling atau penutup baginya, kerana sesungguhnya baginda akan mengambil air wuduk dan buang aor besar.” Uqa’il pun keluar dan pergi mendapatkan pohon-pohon itu dan sebelum dia menyelesaikan tugas itu ternya pohon-pohon itu sudah tumbang dari akarnya serta sudah mengelilingi di sekitar Baginda SAW sehingga selesai dari hajatnya.


Peristiwa kedua, apabila Uqa’il berasa haus dia mencari air. Namun tidak juga ditemuinya. Maka Baginda SAW berkata kepada Uqa’il bin Abi Talib, “Hai Uqa’il, dakilah gunung itu dan sampaikanlah salamku kepadanya serta katakan: Jika padamu ada air berilah aku minum.” Lalu Uqa’il pun pergi mendaki gunung dan berkata kepadanya sebagaimana yang telah disabdakan baginda itu. Maka sebelum selesai dia berkata, gunung itu bekata dengan fasihya, “Katakanlah kepada Rasulullah SAW bahawa aku sejak Allah SWT menuunkan ayat yang bermaksud: ‘Hai orang-orang yang beriman, jagalah dirimu beserta keluargamu dari seska api neraka yang umpannya dari manusia dan batu’, Aku menangis dari sebab takut kalau aku menjadi batu itu, maka tidak ada lagi air padaku. ”


Peristiwa ketiga, ketika Uqail sedang berjalan bersama Nabi SAW, tiba-tiba ada seekor unta yang meloncat dan lari ke hadapan Rasulullah SAW dan berkata “Ya Rasulullah aku meminta perlindungan daripadamu.” Sebelum unta itu selesai mengadukan halnya, tiba-tiba datanglah dari belakang seorang Arab kampung dengan membawa pedang terhunus. Melihatkan keadaan itu, Nabi Muhammad SAW berkata: “Apakah yang hendak kamu perbuat dengan unta ini?.” Maka dijawabnya, “Wahai Rasulullah, ak telah membelinya dengan harga yang mahal tetapi dia tidak mahu mengikutiku, lalu kurasakan lebih baik aku manfaatkan sahaja dagingnya agar bermanfaat kepada orang-orang yang memelukan. ” Setelah itu Baginda SAW bertanyakan kepada unta itu akan sebab kedegilan unta itu kepada tuannya. Lalu dijawab oleh unta itu, “Wahai Rasulullah, sungguh aku tidak menderhakainya daripada pekerjaannya, tetapi aku menderhakainya akan sebab sikap buruknya iaitu selalu meninggalkan solat Isyak. Sekiranya dia berjanji untuk mengubah sikapnya untuk mengerjakan solat Isyak maka aku berjanji akan aku turuti perintahnya. Semua ini aku lakukan kerana aku takut Allah SWT menurunkan seksa-Nya kepada mereka sedangkan aku berada diantara mereka. ” Akhirnya Nabi SAW mengambil perjanjian antara orang Arab kampung itu, bahawa dia tidak akan meninggalkan solat Isyak. Kemudian Nabi SAW pun menyerahkan kembali unta tersebut kepadanya dan unta itu pun patuh dan kembali kepada tuannnya.


Tuesday, 28 August 2012

B!D@d@r! Untuk Umar RA


Umar r.a adalah salah seorang daripada sahabat Rasulullah SAW. Setelah dia memeluk Islam, kaum muslimin seolah-olah telah memperolehi suatu kekuatan yang sangat besar. Sejak itulah mereka berani solat dan tawaf di Kaabah secara terang-terangan. Umar r.a adalah seorang yan warak. Dia sangat teliti dalam mengamalkan Islam. Umar r.a mempelajari Surah Al-Baqarah selama 10 tahun.  Kemudian dia menanyakan kepada RAsulullah SAW, “Wahai Rasulullah SAW, apakah kehidupanku telah mencerminkan surah Al-Baqarah? Jika belum, maka aku tidak akan melanjutkan ke surah yang berikutnya.” Rasulullah SAW telah menjawab, “ Sudah..!!.” Umar r.a mengamalkan agama yang sesuai dengan kehendak Allah SWT. Kerana kesungguhan inilah maka banyak ayat Al-Quran yang diturunkan Allah SWT berdasarkan kehendak yan ada pada hatinya sepeti mengenai pengharaman arak, ayat mengenai hijab, dan beberapa ayat Al-Quran yang lainnya.


Rasulullah SAW seringkali menceritakan kepada para sahabatnya mengenai perjalanan mikrajnya menghadap Allah SWT. Beliau SAW sering menceritakan bagaimana keadaan syurga yang dijanjikan Allah SWT kepada sahabat-sahabatnya. Suatu hari ketika Rasulullah SAW dimikrajkan menghadap Allah SWT, malaikat Jibril AS memperlihatkan kepada Beliau SAW taman-taman syurga. RAsulullah SAW melihat ada sekumpulan bidadari yang sedang bercengkrama. Ada seorang bidadari yang begitu berbeza daripada yang lainnya. Bidadari itu menyendiri dan nampak sangat pemalu. Rasulullah SAW bertanya kepada Jibril AS, “ Wahai Jibril AS, bidadari siapakah itu?.” Malaikat Jibril AS menjawab, “Bidadari itu adalah diperuntukkan bagi sahabatmu Umar r.a. Pernah suatu hari ia membayangkan tentang syurga yang engkau ceritakan tentang keindahannya. Ia menginginkan untuknya seorang bidadari yang bebeza dari bidadari yang lainnya. Bidadari yang diinginkannya itu berkulit hitam manis, dahinya tinggi, bahagian atas matanya bewarna merah, dan bahagian bawah matanya bewarna biru serta memiliki sifat yang sangat pemalu. Kerana sahabatmu itu selalu memenuhi kehendak Allah SWT, maka saat itu juga Allah SWT menjadikan seorang bidadari untuknya sesuai dengan apa yang dikehendaki oleh hatinya.”