Wanita itu sudah tua,
namun semangat perjuangannya tetapi menyala
seperti wanita yang masih muda..
Setiap tutur kata yang dikeluarkannya
selalu menjadi pendorong dan bualan orang disekitarnya..
Al-Khansa binti Amru
merupakan wanita yang terkenal cantik
dan pandai dikalangan orang arab..
Dia pernah bersyair mengenang kematian saudaranya, Sakhr..
"Setiap kali matahari terbit,
mengingatkan aku kepada dia,
Setiap kali matahari hilang di ufuk barat,
aku masih teringatkan dia.
Kalaulah tidak kerana
terlalu ramai orang menangis disampingku
di atas mayat-mayat mereka, nescaya aku bunuh diri"
Setelah Khansa memeluk Islam,
keberanian dan kepandaiannya bersyair
telah digunakan untuk menyemarakkan semangat pejuang Islam
dengan empat orang putera yang dimilikinya..
Kemudian, puteranya telah diserahkan untuk berjuang
demi kemenangan dan kepentingan Islam..
Khansa telah mengajar anaknya sejak kecil lagi
agar tidak takut menghadapi peperangan dan cabaran..
Pada tahun 14H,
Khalifah Umar Ibnul Khattab menyediakan satu pasukan tempur
untuk menentang Farisi..
Khansa telah mengerahkan keempat-empat puteranya
untuk menuju ke medan perang..
Pasukan Farisi telah kalah teruk,
namun keempat-empat anak Khansa
telah syahid dalam peperangan tersebut..
Khansa menerima berita itu dengan tenang,
gembira dan hati tidak bergoncang..
Khansa terus memuji Tuhannya dengan ucapan,
"Segala puji bagi Allah,
yang telah memuliakanku dengan mensyahidkan mereka
dan aku mengharapkan dari Tuhanku,
agar Dia mengumpulkan aku dengan mereka
di tempat tinggal yang kekal dengan rahmat-Nya"..
Dari peristiwa peperangan itu pula
wanita penyair ini mendapat gelaran kehormatan
"ummu syuhada"
yang ertinya ibu kepada orang-orang yang mati syahid..

0 comments:
Post a Comment