BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, 16 June 2012

Kisah Lima Perkara Aneh


Abu Laits as-samarqandi adalah seorang ahli fiqh yang masyur. Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahawa antara nabi-nabi yang bukan rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara. Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam diperintahkan yang berbunyi, “Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. 

Engkau dikehendaki melaksanakan:-
  1. Apa yang engkau lihat (hadapi) maka makanlah
  2. Engkau sembunyikan
  3. Engkau terimalah
  4. Jangan engkau putuskan harapan
  5. Larilah engkau daripadanya”

Pada keesokkan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam. Nabi itu kebingungan sambil berkata “Aku diperintahkan memakan pertama yang aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu  mustahil yang tidak dapat dilaksanakan”. Maka nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk memakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar buku roti. Maka Nabi itupun mengambilnya lalu disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan rasa sungguh manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan syukur “Alhamdulillah”.

Kemudian Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas. Dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan. Lantas Nabi itu pun menggali sebuah lubang lalu menanam mangkuk emas itu dan terus berlalu pergi. Tiba-tiba mangkuk emas itu keluar semula. Nabi itupun menanam semula sehingga tiga kali berturut-turut. Maka berkatalah Nabi itu, “Aku telah melaksanakan perintah-Mu”. Lalu dia pun meneruskan perjalannya dan tanpa disedari mangkuk emas itu keluar semula.

Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil itu berkata “Wahai Nabi Allah, tolonglah aku”. Mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya. Melihatkan keadaan itu, lantas burung helang pun datang menghampirinya sambil berkata “Wahai Nabi Allah aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku ”. Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, iaitu tidak boleh putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan perkara itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pehanya dan diberikan kepada helang itu. Setelah mendapat daging itu, helang pun terbang dan burung kecil itu pun dilepaskan dari dalam bajunya.

Selepas kejadian itu, Nabi meneruskan perjalanannya. Tidak lama kemudia dia bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya. Maka dia pun bergegas lari dari situ kerana tidak tahan bau yang menyakitkan hidungnya.Setelah menemui  kelima-lima peristiwa itu, maka kembalilah nabi ke rumahnya. 

Pada malam itu, Nabi pun berdoa agar diperjelaskan mengenai peristiwa yang dialaminya.Dalam mimpi beliau telah diberitahukan oleh Allah SWT :-
  1. Yang pertama itu adalah marah. Pada mulanya Nampak besar seperti bukit tetapi pada akhirnya jika dapat bersabar dan dapat mengawal serta menahannya, maka marah itu pun akan menjadi lebih manis daripada madu
  2. Yang kedua itu adalah semua amal kebaikan (budi). Walaupun disembinyikan, maka ia akan tetap nampak jua
  3. Yang ketiga itu adalah amanah. Jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu kianat kepadanya
  4. Yang keempat itu adalah jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah untuk membantunya meskipun engkau sendiri berhajat
  5. Yang kelima pula bau busuk itu adalah ghibah  (menceritakan hal seseorang). Maka larilah dari orang-orang yang sedang berkumpul untuk membuat ghibah.

Maka berkata Allah SWT “Ini adalah pahala orang-orang yang mengata tentang dirimu”. Dengan ini haruslah kita sedar bahawa walaupun apa yan kita kata itu memang benar, tetapi itu akan merugikan diri kita sendiri. Oleh itu, janganlah kita mengata hal orang walaupun ia benar.    


Friday, 8 June 2012

Cinta Sejati Seorang Ibu =)

Wanita itu sudah tua,
 namun semangat perjuangannya tetapi menyala 
seperti wanita yang masih muda..
Setiap tutur kata yang dikeluarkannya
 selalu menjadi pendorong dan bualan orang disekitarnya..
Al-Khansa binti Amru 
merupakan wanita yang terkenal cantik 
dan pandai dikalangan orang arab..
Dia pernah bersyair mengenang kematian saudaranya, Sakhr..
"Setiap kali matahari terbit, 
mengingatkan aku kepada dia,
Setiap kali matahari hilang di ufuk barat, 
aku masih teringatkan dia. 
Kalaulah tidak kerana 
terlalu ramai orang menangis disampingku
 di atas mayat-mayat mereka, nescaya aku bunuh diri"
Setelah Khansa memeluk Islam,
 keberanian dan kepandaiannya bersyair 
telah digunakan untuk menyemarakkan semangat pejuang Islam 
dengan empat orang putera yang dimilikinya..
Kemudian, puteranya telah diserahkan untuk berjuang 
demi kemenangan dan kepentingan Islam..
Khansa telah mengajar anaknya sejak kecil lagi 
agar tidak takut menghadapi peperangan dan cabaran..
Pada tahun 14H, 
Khalifah Umar Ibnul Khattab menyediakan satu pasukan tempur
 untuk menentang Farisi..
Khansa telah mengerahkan keempat-empat puteranya 
untuk menuju ke medan perang..
Pasukan Farisi telah kalah teruk, 
namun keempat-empat anak Khansa
 telah syahid dalam peperangan tersebut..
Khansa menerima berita itu dengan tenang, 
gembira dan hati tidak bergoncang..
Khansa terus memuji Tuhannya dengan ucapan, 
"Segala puji bagi Allah, 
yang telah memuliakanku dengan mensyahidkan mereka
 dan aku mengharapkan dari Tuhanku, 
agar Dia mengumpulkan aku dengan mereka 
di tempat tinggal yang kekal dengan rahmat-Nya"..
  Dari peristiwa peperangan itu pula
 wanita penyair ini mendapat gelaran kehormatan 
"ummu syuhada" 
yang ertinya ibu kepada orang-orang yang mati syahid..


Kasih-sayang Allah SWT... =)

Dikisahkan tentang seorang lelaki yang sangat kuat beribadah..
Sayangnya dia selalu membuat orang menjadi putus asa 
terhadap kasih sayang Allah..
Hal itu dilakukan sampai dia menemui ajalnya..
Setelah meninggal, lelaki itu menuntut kepada Tuhan
 dari kekhusyukkan ibadahnya selama ini di dunia..
"Tuhanku, apakah kebahagiaanku di sisi-Mu??"
"Neraka", jawab Allah..
"Tuhan lalu dimana balasan dari kerajinan ibadahku??",
 tanya lelaki itu kehairanan..
Bagaimana boleh..
"Di dunia engkau selalu membuat orang berputus asa 
terhadap kasih sayangKu..
Maka hari ini aku juga membuat engkau putus asa 
terhadap kasih sayangKu",
Jawab Allah SWT..
 

Tuesday, 5 June 2012

Awan Mengikut Orang Yang Bertaubat

Diriwayatkan bahawa seorang tukang jagal terpesona kepada budak tetangganya...
Suatu saat gadis itu mendapatkan tugas menyelesaikan urusan keluarganya di desa lain...
Si tukang jagal lalu mengikutinya dari belakang sampai akhirnya berhasil menemukannya...
Si tukang jagal lalu memanggil gadis itu dan mengajaknya menikmati kesempatan langka dan indah itu...
Tetapi gadis itu menjawab, "Jangan lakukan. Meskipun sangat mencintaimu aku takut kepada ALLAH"...
Mendengar jawapan itu, si tukang jagal merasa dunia berputar...
Kerana menyesal dan sedar hatinya gementar, tenggoroknya kering dan hatinya semakin berdebar, dia lalu berkata, "Kau takut kepada ALLAH sedangkan aku tidak"...
Dia pulang sambil bertaubat...
Dalam perjalanan dia kehausan dan nyaris mati...
Dia kemudian bertemu seorang SOLEH...
Mereka berjalan bersama...
Mereka melihat gumpalan awan berjalan menaungi mereka berdua sampai mereka masuk ke sebuah desa...
Mereka berdua yakin bahawa awan itu untuk orang yang SOLEH...
Kemudian mereka berpisah di desa tersebut...
Awan itu ternyata condong dan terus menaungi si tukang jagal itu sampai dia tiba di rumahnya...
Orang SOLEH tadi hairan melihat kenyataan ini...
Dia lalu mengikuti tukang jagal lantas bertanya kepadanya dan jawapannya juga di tempat itu...
Maka lelaki SOLEH itu berkata "Janganlah hairan terhadap apa yang kau lihat, kerana orang yang bertaubat kepada ALLAH itu berada di suatu tempat yang tidak seorang pun berada di situ"...